LTP CHILD HEAVEN @ Tuisyen Berkat Usaha merupakan usaha kami untuk menghidupkan suasana pembelajaran yang harmoni serta berfokus, kami telah menjalankan beberapa program seperti projek Tuisyen Komuniti (berfokus untuk pelajar yang kurang berkemampuan), program bual bicara bersama ibu bapa,program pecutan akhir peperiksaan dan hari sukan bersama pelajar.kami juga menerapkan konsep kelas dalam kumpulan kecil serta memastikan setiap pelajar berjaya memahami pembelajaran yang diajar. Bukan sahaja pembentukan akademik, malah menitikberatkan juga sahsiah dalam diri murid. Jika berlaku masalah semasa pembelajaran,maka kami amat mementingkan komunikasi di antara ibu bapa dan guru. Kerana perubahan secara menyeluruh itu bermula dari dalam diri dan masyarakat sekeliling.